++ Ka-cHinG ++
++mA fReNs++
Friday, October 28, 2011
= Bersangka Baik Demi C.I.N.T.A =
“saya sudah letih berdepan dengan kerenah suami. Sikap sambil lewanya sangat memeningkan kepala. Saya benar-benar berada di persimpangan, ingin minta agar perkahwinan ini dibubarkan atau meneruskannya. Apa pandangan saudara?”
“Teruskan perkahwinan,” jawab saya dengan pasti. Saya teringat ungkapan lama yang menjadi pegangan diri sejak dahulu. Ungkapan itu berbunyi: “Jika sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Tetapi jika jalan sudah benar namun pelbagai masalah menghalang, jangan berpatah balik, teruskan perjalanan!”
“Mengapa pula?” tanya si isteri.
“Jika puan boleh sabar selama 30 tahun, hanya ada beberapa tahun sahaja untuk terus bersabar. Umur kita tidak lama. Sabarlah dalam bersabar. Yang penting cubalah positifkan pemikiran dan perasaan. Puan di jalan yang betul, cuma rintangannya ada. Puan mesti atasi dan teruskan perkahwinan ini. ”
“Saudara cakap senang tetapi bagaimana hendak terus positif jika dia terus bersikap negatif?”
Saya senyum. Ya, tulisan kali ini saya tujukan untuknya dan untuk saya juga serta untuk kita semua. Sebenarnya pemikiran yang betul adalah syarat untuk kita bersikap positif. ‘Right mental attitude’ sangat penting dalam melayari bahtera rumah tangga. Sikap yang betul perlu untuk menghadapi cuaca rumah tangga yang tidak menentu. Bagaimana untuk tenang dan bahagia di dalam diri tidak kira apa yang sedang dihadapi di luar diri kerana apa yang lebih utama ialah ‘what happens in you’ bukan ‘what happens to you.’
Untuk mengekalkan cinta perlu ada sikap positif. Tanpa sikap yang positif, cinta akan terbarai dan kebahagiaan akan berkecai. Berikut adalah beberapa langkah praktikal untuk membina pemikiran yang positif seterusnya membentuk sikap yang positif:
1. Fokus pada tanggung jawab, bukan menuntut hak.
Punca hati tidak tenang dan hilang kebahagiaan dalam hidup kebanyakannya manusia ialah perjuangannya untuk mendapatkan hak. Manusia sering marah dan mengeluh dengan berkata, “aku sepatutnya tidak dilayan begini.” Dalam kebanyakan situasi, kita sering tidak mendapat apa yang kita jangkakan dan harapkan. Betul bukan? Selagi kita hidup kita akan alami pelbagai situasi yang mana susu yang kita berikan tetapi tuba kita terima sebagai balasannya.
Di dalam rumah tangga jangan mengharapkan kesempurnaan pada pasangan kita. Bunga yang kita berikan, jangan mengharap bunga sebagai balasannya. Tetapi apakah kerana tidak mendapat balasan lalu kita berhenti menghulurkan kebaikan? Jangan! Fokus pada tanggung jawab – sebagai suami atau isteri kita dituntut oleh syariat untuk melaksanakan tanggung jawab. Tunaikan hak pasangan kita itu lebih utama daripada kita menuntut hak kita. Ah, apakah ini bererti kita akan terus menjadi mangsa?
Jawabnya, tidak. Kita akan lebih tenang, percayalah. Adalah tidak bijak untuk terus membuang masa dan tenaga memikirkan tentang apa yang sepatutnya berlaku berbanding apa yang perlu dan patut kita lakukan? Ramai orang terseksa dengan kekecewaan dan geramkan pasangannya yang sepatutnya berbuat begini atau begitu… Pada hal, pemikiran yang negatif itu akan memburukkan lagi keadaan. Yang penting fokus kepada apa yang aku boleh lakukan untuk melaksanakan tanggung jawab ku.
Katalah dalam satu pertelingkahan dan kita berada di pihak yang betul dan benar, itu pun bukan jaminan untuk kita dimenangkan dan dibenarkan. Acap kali pihak pasangannya kita terus berusaha menegakkan benang yang basah. Apatah lagi bila egonya tercabar. Lalu sikap kita bagaimana? Jangan berterusan menuntut hak. Jangan memendam rasa dengan mengecam bahawa keadaan itu tidak adil. Ingatlah, berterusan memperjuangkan kesempurnaan dalam dunia (termasuk rumah tangga) yang tidak sempurna ini hanya akan menjerumuskan kita ke lembah dendam, marah, kecewa dan kemurungan.
Rasa-rasa yang negatif ini akan ‘menyedut’ tenaga, keceriaan dan akan menyebabkan kedutan pada wajah kita. Kesannya, kita akan ditarik ke belakang. Malah kita akan ditolak ke lorong yang salah dalam kembara kehidupan yang penuh ujian ini. Untuk bergerak ke hadapan dan terus memburu kemajuan dalam diri agar lebih bahagia dan tenang dalam hidup… kita perlu tinggalkan segala keegoan, kepentingan, ketakutan dan sikap tidak memaafkan.
Semua itu hanya boleh dicapai apabila kita fokus kepada tanggung jawab dan selalu berfikir tentang apa yang perlu aku lakukan berbanding dengan apa yang sepatutnya dia (pasangan kita) lakukan. Tumpukan kepada apa yang boleh kita kawal, yakni tanggung jawab kita bukan pada sesuatu yang di luar kawalan kita yakni hak kita yang ada pada kawalan pasangan kita.
Ironinya, mereka yang berjaya melaksanakan tanggung jawab dengan baik sering mendapat haknya sebagai balasan. Dan kalau mereka tidak mendapat balasan daripada pasangannya pun, Allah akan memberikan ketenangan dalam hati mereka seperti mana ketenangan yang dirasai oleh Siti Asiah isteri kepada Firaun.
2) Sering berdamping dengan orang yang positif.
Siapa kita lima tahun akan datang dicorakkan oleh dengan siapa kita bergaul dan buku apa yang kita baca. Begitu ditegaskan oleh orang bijaksana. Dengan siapa kita meluangkan masa kita sangat menentukan sikap kita. Kata pepatah, burung yang sama bulu akan terbang bersama. Rasulullah s.a.w menegaskan, agama seseorang ditentukan oleh temannya.
Justeru, berhati-hatilah memilih orang untuk kita dampingi. Jauhkan ‘toxic people’ yang sering menusuk jarum-jarum umpatan, adu domba dan rasa pesimis dalam melayari kehidupan berumah tangga. Pernah kita jumpa orang yang sentiasa mengeluh? Asalkan berjumpa sahaja mulalah dia mengeluh tentang badannya yang tidak sihat, dia sering ditipu, dia dilayan dengan buruk sampailah ke rumahnya yang sempit… Apa yang anda dapat daripada orang yang begini?
Oleh itu jika jiran, teman atau kenalan kita ialah dia yang tidak ‘melahirkan’ sesuatu yang baik dan positif daripada diri anda, mengapakah tidak kita buat sedikit perubahan atau penyesuaian?
Kita berhak untuk meletakkan satu jarak yang agak jauh untuk tidak dijangkiti oleh sikap negatifnya. Ingat, teman rapat kita ialah mereka yang membantu kita mengeluarkan yang terbaik dari dalam diri kita. Kaki umpat, mengeluh dan menghasut hakikatnya bukan sahabat kita walaupun kelihatan dia baik dengan kita! Ingat pepatah Melayu lama – sokong yang membawa rebah.
3) Jadikan sekarang masa paling gembira.
Jika orang bertanya bilakah masa yang paling gembira dalam hidup berumah tangga kita, jawablah, “sekarang!” Usah berpaling ke belakang dengan mengatakan semasa mula-mula kahwin dahulu atau melangkau ke masa hadapan dengan berkata, “bila anak-anak sudah besar dan hidup lebih stabil.” Dengan berkata demikian kita telah ‘membunuh’ potensi hari ini.
Ya, memang kita mula-mula kahwin dahulu kita gembira, tetapi rasa gembira itu hanya pada waktu itu. Dan waktu itu telah berlalu. Kita hanya hidup pada masa ini bukan pada masa lalu. Justeru, jadikanlah masa ini masa yang paling gembira. Hiduplah untuk hari ini kerana semalam sudah berlalu dan hari esok masih belum tentu. Inilah yang dipesankan oleh Rasulullah s.a.w, jika kamu berada pada pagi jangan menunggu waktu petang dan begitulah sebaliknya. Kita hanya akan meletihkan diri sendiri jika cuba hidup dalam tiga masa – semalam, hari ini dan esok!
Jangan biarkan tragedi masa lalu menyengat kita berkali-kali dengan mengenangnya selalu. Sebaliknya, carilah pengajaran yang kita dapat daripadanya dan selepas itu terus lupakan. Juga jangan sentiasa diingat-ingat saat gembira masa lalu kerana itu hanya memori dan itu bukan lagi realiti yang sedang kita hadapi masa kini. Sebaliknya, carilah apakah ‘resipi’ yang menghasilkannya dahulu dan mari dengan itu kita ciptakan kegembiraan baru hari ini!
4) Cari jalan untuk mengatasi stres.
Stres akan menyebabkan keletihan dalam pemikiran dan perasaan yang lama-kelamaan akan membentuk sikap yang negatif. Oleh itu para suami atau isteri mesti menemukan cara untuk mengawal stres. Antara kaedah terbaik ialah dengan melakukan aktiviti fizikal, hobi atau minat kita. Boleh jadi dengan berkebun, menenun, membaca, berjoging atau bersukan. Lepaskanlah geram, kecewa dan marah kita kepada aktiviti yang menyihatkan dan menceriakan.
Jangan tahan jika anda hendak ketawa, berlari atau melompat sepuas-puasnya. Bebaskan diri daripada belenggu tekanan dan masalah yang menghantui hidup anda. Dengan aktiviti yang aktif dan perlakuan yang memerlukan konsentrasi mental, fikiran, jiwa dan emosi kita akan melalui tempoh ‘pause’ atau istirahat. Lupakah kita bahawa Rasulullah saw berlumba lari dengan isterinya?
Ini akan memberi kekuatan untuk kita meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Kita akan dapat melupakan seketika masalah yang kita hadapi… bukan untuk eskapisme tetapi untuk kembali menanganinya semula apabila jiwa kita segar, fikiran kita tenang dan emosi kita telah kembali stabil.
5) Jangan terlalu serius.
Kehidupan berumah tangga ialah sesuatu yang serius tetapi perlu dijalani dengan tidak terlalu serius. Jalanilah kehidupan dengan sedikit gurau senda dan berhibur. Siti Aishah pernah meletak dagunya di bahu Rasulullah s.a.w untuk melihat tarian orang Habsyah. Hiburan umpama garam dalam masakan. Tidak perlu terlalu banyak, tetapi cukup sekadar keperluan untuk memberi rasa yang enak. Ya, sedangkan Rasulullah s.a.w lagikan bergurau dengan isteri-isterinya, mengapa kita tidak?
Memang banyak perkara yang penting dan kritikal perlu kita selesaikan, tetapi itu tidak menghalang daripada kita berjenaka dan bergurau senda seadanya dengan pasangan kita. Insya-Allah dengan unsur-unsur humor dalam rumah tangga kita, hubungan kita suami isteri akan lebih kukuh dan kita akan mampu bergerak lebih jauh untuk menghadapi cabaran dalam rumah tangga. Ternyata mereka yang menangani kehidupan dengan ceria menjadi individu yang lebih berjaya menyelesaikan konflik dalam berumah tangga seterusnya membina rumah tangga bahagia.
Apabila rumah tangga kelihatan malap atau ‘sindrom bisu’ mula melanda, cepat-cepatlah ubah suasana luaran itu dengan mengubah suasana dalaman kita dengan empat cara yang dicadangkan ini. Insya-Allah, yang penting bukan apa yang kita lihat tetapi bagaimana kita melihatnya. Orang yang positif akan sentiasa melihat sisi positif pada pasangan dan keadaan yang sedang dihadapinya… Mereka sahaja yang layak bahagia kerana sentiasa berfikir untuk membahagiakan orang lain. Sebaliknya orang yang negatif, hanya akan menyeksa dirinya dan membosankan pasangan hidupnya!
Kesimpulannya, bersangka baiklah walaupun kekadang keadaan tidak sebaik yang kita sangkakan. Bukan menafikan realiti, tetapi demi ketenangan hati. Orang yang buruk sangka akan tersiksa dua kali, pertama oleh sangkanya atas keburukan yang belum terjadi. Kedua, oleh derita hatinya apabila yang buruk itu telah benar-benar terjadi.
Apabila kita bersangka baik, hati akan menjadi lebih tenang. Kita punya tenaga dan upaya untuk menghadapi ujian hidup apabila kita hadapinya dengan tenang. Ya, mungkin kita tidak mampu mengubah keadaan, tetapi sekurang-kurangnya kita punya kekuatan untuk menghadapinya. Pada hal yang buruk dan sukar itu kekadang hanya seketika, atau boleh jadi yang buruk itu… tidak buruk sama sekali. Ada hikmah yang tersirat di sebaliknya. Ada kebaikan yang tersembunyi di belakangnya. Begitulah hidup… satu siri misteri yang tidak dapat ditebak dan diduga. Pernah kita membayangkan suami atau isteri kita yang ada ini sebelum ini? Kebanyakkannya tidak! Bercinta dengan orang lain, berkahwin dengan orang lain. Itulah misterinya takdir…
Apa yang perlu kita lakukan… bersyukur dengan apa yang ada. Bila bersyukur Allah tambah nikmat. Bersyukurlah dengan pasangan yang ada, Insya-Allah, Tuhan akan menambah kebahagiaan kita. Kalau dia tidak berubah perangai, kita pula yang Allah kurniakan kesabaran untuk menghadapi karenahnya. Itu juga satu anugerah bukan? Ya, kata bijak pandai, “jangan minta hidup yang mudah tetapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!”
Pies: Semoga memberi manfaat kepada semua... ^_^...Info ini sgt terkesan pada diri saya
Friday, July 22, 2011
= kad seikhlas hati =
Mlm tadi entun majuk...
majuk betol..bukan main2..
tawar hati katanye...
ape rasanye yekkk...
ohh ye yee..sy tau sebab sy pun prnh tawar hati gak ngan dia...
Hurmm...
ade ke laki2 majuk...huhu...
cett...
memula sy rs mcm malas je nk layan dia..
tapi lelame..sy mls la...nak gado2...
kat opis hati dah tak tenteram....
satu keje pun takleh buat..
last2 nmpk sokabar lama...kertas wrna..
bahan2 nyeting!!!!!
trus dpt idea nak diy kad...
so ape lagi...menyelinap bilik fail trus buat kad dgn harapan takde sesape la yg masuk bilik tu...
nasib baik takde...hahah kalo tak kantoi....
dah siappp...
masukkan dlm kotak kecik + kucing kayu yg comel **dah mende tu yg ade dpn mata**
petang tu sy trus pos laju....
yela dah tagline "dijamin sampai esok"
nasib baik smpi..hehhe..
Harap2...dia dah tak majuk lagi la ye...
ngngade tauu..
sekeh kang..hehhehe..tak tak..hampunnnn!!!!!
Saturday, April 2, 2011
= I'm Back =
As salam readers, bloggers & frens....
Post baru wajah baru...
Org lama..and muka still sama...:p
Kini saya kembali berblogging...
Maaf for those yg baca belog sy yang tak seberapa ni..(mcm org bc belog ko ;p)
maaf sbb dah lama sy tak update belog...
Yupp...sangat lama...
sy rindu berblogging...
Rindu yg amat....
Maaf juga sebab sy private kan belog sy ni..
Tak perlu sy huraikan di sini..
kemana sy menghilang dr dunia blogging..
kwn2 yg rapat sahaja yg tahu...
TQ to all my fren yg bg semangat tak henti2..
sokongan padu korg yg sgt jitu amat ku hargai....
Imbas balik kenangan lalu....
2 minggu sy suffer yang amat..
mental n fizikal **jgn main2 haa** huhu
Berminggu masa berkabung/ kenali diri....
T.Kasih kwn2 yg call...sms...bbm (tipu..ko pkai hp buruk)... :p
Yang bg semangat...bg nasihat...
Sy sangat hargai jasa kalian...
Yang sanggup bersusah payah...
Fetch sy dr Melaka-KL pukul 1 pagi.. (ko mmg suka menyusahkan org)...
Kalo ingat balik..memang tanak ingat la senang kata.... :p
Sekarang sy sudah jadi gagah seperti badang..
badang pun tak gagah mcm saya....hahhaa...
saya dah lupa dah semua bende tu (tipu lagik..smpi mati pun ko akan ingat huhu)..
saya cuba lupakan semua tu..
Barang yg lepas tak elok dikenang....
kini sy bangkit...
Memandangkan sy jadi kawen...
ye sy akan kawen..memang akan kawen kan..
InsyaAllah...sy akan terus meng'update' belog sy ini...
Tak lain hanyalah untuk kenangan diri sy sendiri...
Bukan untuk menunjuk..
Jauh sekali membangga diri...
Lagipun takde ape yg boleh dibanggakan pun...
saya bukan anak orang kaya...
Bukan orang ada ada...
Saya hanya orang biasa....
Serba serbi biasa saja...
Hanya sebuah belog picisan saje...
So i have made up my mind...
untuk teruskan ape yg sy dah mulakan...
saya malas ekceli nk tukar sana sini..hehhehe...
Cuma saya tukar url blog sy je...
Kini... http://blogqasehkita.blogspot.com/
Hopefully 'stalker' tu tak jumpa belog sy..
kalo dia jumpa.. nasib sy la kan.. sy dah malas....
Tolong jangan sebok2 lagi hal saya ye lalinggg....
Wassalam.....
Saturday, February 26, 2011
= Merajuk -> Pujuk =
Banyak soalan yang bermain di fikiran saya..ewahhh!!!
Yuppp..btulll…Sy stress…
Stress dengan masalah rumah yg mcm serupa rumah tak siap…
Di tambah lagi pulak dgn masalah komunikasi…
Kenapa la wahai kaum lelaki…
Kenapa la kamu dah buatkan org terluka lepas tu kamu tak
Tak faham ke…
Kena keluarkan duit ke…
Setakat minta maaf...
Semua org akan minta maaf..lepas tu buat lagi…huhu
Ke saya yang terlalu sensitif…**kekwat kekdahnye**
Ke hanya saye sorg je yg berperangai macam ni…
Wahai kaum wanita di luar sana!!!
Adakah kamu juga berperasaan macam saye?
Ke sy sorg je yg berperangai sebegini ghupe..huhu…
Maaf la pada semua yeee..
Sekadar luahan hati saje..
Kalo tak luah..takkan nak kemam..
Dan takkan nak telan pulak **tercekik nanti :p**
Pies: merajuk tp wedding prep tetap kena buat jugak :p
Kalo pk balik..buang mase je merajuk ni... **tau takpe** haha
Tuesday, December 21, 2010
= Hari yang gelap kini sudah terang =
tak semestinya semua itew indahh...
ade pahit..ada manis...
ade suka..ade duka..
Bangun pagi kena senyum macam si comel Hana & Hani.... **Sy curi gmbr anak buah opismate**

Thursday, November 18, 2010
= Berkorban Ape Saje =

Salam sume...
Selamat hari raya aidiladha...
selamat berkorban...
selamat bercuti sehari semalam..
yee...saye juga berkorban...
Bekorban diri & cuti...
Berkorban diri balik ke rumah family mertua 2 b dulu hehe...
Yg bestnyee...tak bwk bj kurung plak tuu..
so terpaksa la jd brutal di pagi raya di rumah org huhu...
Pagi2 entun dah sembahyang raya...
pastu balik makan ketupat same2..yummyyy!!!
Then gi tolong org kmpg sembelih lembu...
Tolong tgk and amik video lembu kena sembelih **saye yg suruh :)**
Buka pe..saye mmg tak prnh tgk lembu kena sembelih secara live **Kesian**..
Tp tahun ni kira teringin sgt la nak tgkk...
sekali entun bg tgk kat HP dia..rs seriau pun adee...huhu...
Ptg tu akak tel suh saye balik JB cepatt...
sebab dah janji nak balik JB ptg tu jugakk...
saye rs mls plak nak balik sebab mls nak bergerak plus sume suh saye balik esok pagiii..
tapi akak saye umpan suh balik sebab mak saye masak ayam masak merahh..**Fuyooo terangkat**...
so balik la jugak ptg semlm...
Di JB ade tenet so boleh la menghapdate belog...
saye plak amik cuti lama sampi hari ahad..
Conotnyee cuti lameee...
Antara aktiviti di hari cuti:
1) Blaja masak
2) balaja masak
3) Blaja masak
hehe..nape?? tak percaye??? :)
Thursday, October 14, 2010
= Berita Sedih =
Gambar kenangan raya 2009.**Nenek kureng suke bergambar**
1) Raya tahun ni, saye dapat rasekan tak dpt lagi jumpa nenek tahun depan..rupa-rupanya betul sangkaan saye...Al-Fatihah..
2) Balik KL, ari ahad.. 1 jam stuck dengan traffic jam kat highway... Rupanya accident kat simpang 4... Takziah buat keluarga mangsa...Seumur hidup tak pernah stuck dalam jam dan tak pernah tengok accident yang sangat2 dasyat... Al-Fatihah....
Monday, October 4, 2010
= Ratu Sehari =
Kemalasan melanda semenjak 2 3 menjak niii....
malas nak update belog...
Oh Tidakkk!!!!!!
Tapi preparation still on going...
walaupun carca marba....
TQ yang tidak terhingga kepada kwn2 yang sudi membantu....
Especially to Zakiah, Nor & Syati...
Since saye dah setat buat preparation...
Rajin btol dorg tolong memberi idea ape yg patut....
yg paling rajin tak lain tak bukan si Zack laaa...
Pantang ade idea kat kepala, dan dan trus kol.
even waktu opis hour pun..
TQ so much laling....
really really appreciate ur effort....
Tadi Zack tepon....
Memang btol dia dah memeningkan kepala saye...
Yang paling tak tahan tuuu...
Dia suggest suh tukar Wedding Theme saye....
Oh Tidak!!!!! Cantik jugakkk!!!!!!
Saye ni paling senang btol cair dengan kata2 madah pujangga orang tau...
**Tu yang hampir2 terjebak dengan MLM - Nasib baik terselamat :p**
Cantik la pulak huhu...
InsyaAllah, hujung bulan ni nak balik kampung...
nak settle kan ape yang patut...
sangat2 rungsing ketika dan saat ini...huhu...
p/s :Harap2 dapat settle kan beberapa perkara penting b4 sy terbang ke sirap+ susu :p
Zack: Pasal Wedding theme tu, ko ade harapan untuk menang huhu....
Wednesday, August 11, 2010
= Puasa Pertama & Terakhir =



Tuesday, August 10, 2010
= Salam Ramadhan =
Di kesempatan ini saye ingin memohon ampun dan maaf jika ade terkasar bahasa atau kamu ade terguris hati bila membaca entri2 saye yang lepas...
Mudah2an puasa tahun ini akan lebih baik daripada tahun lepas dan diberkati oleh Allah...
Moga2 kita dapat memperbanyakkan amalan di bulan puasa yang mulia ini....
Friday, July 30, 2010
= Kapak Dalam Beg =
Petang ni saye balik kampung..yeyehhh..
naik tongkang yeyehh..
sorang sorang..yeyehh..
Entun gi Siem Reap ikut company trip..
dpt jugak la ikut trip tu even dah nak resign next week..
Alhamdulillah..untung la dia...
Dah la gaduh malam tadi..
Ego punye pasal tak tepon pun...
Pagi tadi pun dia msg bila dah sampai kat LCCT kul 5 pagi..
Time tu saye tgh tido la lagiii...huhu..
Sedey woo…
Mudah-mudahan dia selamat pergi dan balik….
Dah tak payah sedey sedey haishhhhh….
Balik kampong ni nak discuss ngan family regarding our wed prep..
Cehhh!!! Dah gaduh2 pun, semangat prep harus di teruskan... muahaaha...
Dan yang paling penting nak tengok my new little niece, born yesterday…
Qaireena Nur Aleesya…
Tak sabar nak jumpa…
Nak peluk cium abang dia jugak Qaireen Muhammad Hazieq :)
Pi es : Seram jugak nak balik sensorang ni sejak kes tangan menyelinap kat tepi seat aku..huhu...Ya Allah..selamatkanlah aku daripada tangan manusia yang nak amik kesempatan ni...Mau aku tetak tangan itew kalo ia muncul lagi...Harus sediakan kapak dalam beggg!!!!
Tuesday, July 20, 2010
= Berpisah Jua =
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Kerana Entun dapat kerja govt di Melaka :) ...Kami berpisah di mata tapi tidak di hati..tettttt…geliiii!!!!! Termakbul jugak hajat saye... dpt jugak kerja selepas interview beberape kali..tapi first interview jugak yang sangkut....Alhamdulillah, syukur sangat2…Awal bulan 8, Entun start kerja di MITC. Harap2 rezeki kami akan bertambah dan semoga kami lekas kawen hehehehe....
Pi es: Nampaknya, saya bakal jadi orang Melaka….TIDAKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!!
Tuesday, July 6, 2010
= Terima Kasih Puan "Z" =

Salam...
Saturday, July 3, 2010
= Qaseh Tercipta =

Wednesday, June 9, 2010
= Bila Buah Hati Jauh =
ntah kenapa harini..tetiba lepas solat asar dlm surau..kebetulan takde org..teringat la aku kat entun...kat mane dia skrg..selamat ke dia...jgn la terjadi ape2 kat dia...aku berdoa pd Allah..supaya ampunkan dosa aku, entun dan seluruh family aku..rs insaf pun ade...
slalunya..kalau dia ade..dia kol..aku marah2..ade je yg tak kena di mata aku..biasala prmpuan..ngeh ngeh...ke aku sorg je yg mcm tuhh...huhu..tp bila 2 hari takde kabar brita..rs mcm lain..lain sgt...mcm gegeli je perasaan tu..tp mmg btol la kate org...org kat depan mata, kita takkan kisah, tp bila org dah tu takde, mula la meragau tak tentu hala...menyesal..dan macam2 lagi laaa...
mujur lepas solat, aku balik semula ke meja aku...tgk hp..n ade 1 miskol n 1 msg..Alhamdulillah...selamat semuanya...gembira sgt...rs cam nk nangis..huhuhu..gembeng betolll....mudah-mudahan semuanya ok...
tgh menaip nih..tetiba teringat mak kat kampung..mak buat ape..jg anak buah aku ke tgh bagi rabbit makan kangkung hehehe..tetiba tersentappp...mak kat kampung tu seminggu skali blom tentu aku tepon...kalau tak talipon entun sehari, dah meragau itu ini...apela nak jadi ngan aku...mak...tetiba windu makkk..waahhhh!!! bergenang siot airmata aku huhuhu..burok pagaiii..takpe mak...blk opis ni orang trus kol makk..hrp mak n family kat kampung sihat semuanya...sayang makkk...muahhh...
dah pukul 6..dah aku nak balik skrg..nak tepon MAK...


