++ Ka-cHinG ++

++mA fReNs++

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 11, 2011

= TGI Friday =


As salam readers....

Yesterday sy dpt email from my colleague...
terkezut btol...
dah la pernah mkn kat situ..

celebrate our third year anniversary....
mmg so yummylicious babe...
harga pun yummy jgk... :p
pics terpaksa di cilok drpd website TGI Friday coz entun dah delete sume gmbr mknan dlm hp dia..grrr....meowww...



mmg sedap tak hengat : Chili & Garlic shrimp Pasta

sedap sangat2 : Chicken Fajitas Nachos



patutla time nk order air ni, waiter tu tanye..with liquor or without..dlm hati nk mrh pun ade...tak nmpk ke i pkai tdg ni..lg mau tanye...waiter tu malay hokeyyy....Ghupenye...patutla kwang kwang...


Email yg sy dapat tuuu........................

Assalamualaikum Warahmatullahhi wabarakatu,

Jeng, Jeng, Jeng…

sekadar berkongsi dimana ramai orang melayu islam kita buat2 tak tau, jahil etc. dan sering kali berkata "ala, diorang ada 2 dapur untuk masak (yg halal & tak halal), ape ada kesah"...

*walaupun yang halal & haram itu jelas... Menu Ramadan + Wine - Terima Kasih Tuhan, Ianya Jumaat (TG Friday's)



Subang Parade

Subang25 Ogos, 2010


Sudah berapa ramai umat Islam yang menelan makanan di sini.

Sudah berapa ramai umat Islam ‘berbuka puasa’ di sini dengan Menu Ramadan yang dihidangkan.
Dan bagi mereka yang pernah makan di sini samada di bulan Ramadan atau hari-hari lain, sudah terang-terang berlaku penipuan dalam gambaran halal yang diberikan.

Kerana restorn makanan barat ini, memang telah diketahui menghidangkan arak di dalam menunya, malah arak boleh dilihat dengan jelas di dalam premis ini.



Mana mungkin dikeluarkan sijil halal oleh pihak berkuasa kepada premis sebegini.

Malangnya, demi menjaga standard,imej ataupun maukan kelainan, umat Islam sanggup memejamkan mata, memekakkan telinga – bedal apa sahaja yang terhidang. Serbuan dilakukan oleh Unit Aduan Halal Jakim bersama KPDNKK berikutan aduan awam yang mendakwa terdapat keraguan dalam hidangan �Buffet Ramadan� di situ.

Menu makanan bercampur arak Jack Daniels – ada logo halal lagi… Hasil pemeriksaan didapati bahawa restoran tersebut ada menawarkan menu utk berbuka puasa walhal restoran tersebut statusnya adalah tidak halal. Lebih mengejutkan lagi terdapat pada menu utama Logo halal JAKIM dan ditampal logo tersebut pada semua hidangan yang tidak halal. Menurut maklumat wakil syarikat, restoran tersebut telah beroperasi sejak 15 tahun lalu dan memang menyediakan makanan yang tidak halal yang mengandungi alkohol atau dimasak dengan arak.


Penolong Pengarah Cawangan Halal KPDNKK, Ismail Hamzah berkata, Syarikat tersebut telah menggunakan perbahasaan halal dan menggunakan logo halal JAKIM tanpa sijil Halal yang sah. Penggunaan terma �Buffet Ramadan� atau �Menu berbuka puasa� boleh mengelirukan pengunjung yang beragama Islam dan ada yang telah menjamu selera dengan memakan makanan yang tidak halal. Menurutnya, dalam pemeriksaan rapi yang dibuat mendapati makanan yang disediakan seperti daging dan ayam di rendam dan dicampur dengan arak dan di peram.


Pemeriksaan lanjut di bahagian dapur restoran menemui beberapa botol wain masakan yang digunakan oleh chef sebagai bahan dalam masakan. Chef bukan beragama Islam berkenaan mengaku mencampurkan wain terbabit ketika memasak juadah yang turut disajikan di dalam hidang bufet Ramadan dan turut mengaku memasukkan kicap mengandungi alkohol di dalam kebanyakan masakannya yang dianggap sebagai perisa tambahan bagi menyedapkan masakan. Pemeriksaan lanjut turut mendapati berlaku penyalahgunaan logo halal Jakim apabila logo terbabit sengaja dicetak pada lampiran menu yang diedarkan kepada pelanggan,dan mendapati semua helaian katalog ,menu yang ditawarkan restoran terbabit sengaja diletakkan logo halal Jakim palsu.



Antara bahan mentah tidak halal dan mengandungi alkohol


Jelas, pemilik restoran tidak pernah memohon sijil halal dan pihak Jakim pastinya tidak akan membenarkan logo terbabit diguna pakai berikutan restoran berkenaan turut menawarkan arak kepada pelanggan. Restoran benar-benar cuba memanipulasikan logo halal Jakim selain mengeksploitasi bufet Ramadan resipi `arak’ bagi mengaut keuntungan lebih. Susulan penemuan mengejutkan itu, semua katalog yang mempunyai logo halal Jakim palsu berkenaan selain risalah iklan berkaitan bufet Ramadan ditawarkan dirampas.




Pengurusan restoran diberikan notis berdasarkan kesalahan dilakukan kerana memalsukan logo halal Jakim, Pengusaha boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 15(1) Akta Perihal Dagangan 1972 yang membawa hukuman denda RM250,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.


Sebagai peringatan:

Tiga perkara utama Yahudi hendak merosakkan umat Islam iaitu dengan cara halus, menggunakan Formula 3F


1 - Serangan melalui Fashion (fesyen)

2 -Serangan melalui Fun (hiburan)

3 - Serangan melalui Food (makanan).


Semua telah berjaya mereka kuasai.

Sedarlah wahai ummah!!! -Yeee...Kami dah sedar :(

Monday, August 8, 2011

= Happy Ramadhan 1432 Hijrah =

As salam...

Masih belum terlewat untuk sy mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa..

Mudah-mudahan amalan puasa kita akan mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda daripada Allah s.w.t

InsyaAllah...


Credit : iluvislam.com



Sejarah Ramadhan

1) Ramadhan: ertinya panas terik

2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)

3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.

4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.

5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.

6) Di pilih untuk ibadat puasa.

7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)



Kelebihan Bulan Ramadhan

1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)

2) Bulan penuh keberkatan

3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan

4) Amal sunat sama dengan solat fardhu

5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda

6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga

7) Bulan menambah rezeki

8) Memberi buka banyak pahala

9) Bulan keampunan* doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.* juga doa pada sepertiga malam.

10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.



Amalan-amalan di bulan Ramadhan

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

2) Menempah pakaian untuk Ramadhan

3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan

4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam

5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)

6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)

7) Solat berjemaah setiap waktu

8) Solat jemaah di masjid/surau

9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek

10) Sahur diwaktu akhir

11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu

12) Mandi Janabat sebelum Imsak

13) Kurangkan tidur

14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)

15) Tunaikan Solat Dhuha

16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)

17) Tunaikan solat Rawatib

18) Jaga pacaindera

19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang

20) hadiri majlis ilmu

21) Buat baik pd ibubapa

22) Isteri hendaklah taat pd suami

23) Banyakkan bersedekah

24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api

25) Berbuka bersama org tua

26) Jemput tetamu berbuka

27) Kurangkan berat badan

28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)

29) Baiki hubungan suami isteri

30) Baiki hubungan jiran

31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan

32) Elakkan berbelanja berlebihan

33) Kuatkan kesabaran

34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih

35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)

36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar

37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu

38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan

39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu

40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri di siang hari

41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia

42) Melazimkan solat waktu

43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar

44) Elakkan banyak berhutang

45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang

46) Tunaikan zakat fitrah



Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)

1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar

2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang * Baca ayat akhir surah Al Baqarah* Baca ayat Kursi* Baca surah Yaasin* Baca surah Al Zalazah* Baca surah Al Qafirun* Baca surah Al Ikhlas

3) Bagi orang yamg kuat dan cergas* Bangunkan isteri dan anak * Mandi* Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran



NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )

* Tarikh turunnya Al Quran

* Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik



Cara Sambut Hari Raya

Jangan sekali2 disambut dgn hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatanPada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal(sudah mati) menangis kerana peluang untukberehat telah berakhir. Adalah di cadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni. Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali utk mereka. Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak2 akan ingat kpd kita.



Takbir Di Malam Raya Takbir

sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat, bermula dari peperangan Ahzab. Peperangan berlaku di dalam musim sejuk, kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya di gali parit (Khandak) diakhirnya peperangan ini di beri pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir.
Kesimpulannya Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan-amalanuntuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik dan seterusnya menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang.



*Doa utk menghilangkan baran, maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin.... Rujuk kepada Surah Al-Anbiyakk ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dantiupkan pada air (utk diri sendiri,anak,suami dll). Insyaallah cuba amalkan.



Wallahua'llam. SELAMAT BERPUASA

++ WOW!!!! MESTI KELIK ++

~ E-Day ~