++ Ka-cHinG ++

++mA fReNs++

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 16, 2009

= sHaRinG iS CaRinG =

Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say

' Ada orang datang office dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena
'.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah...'


Jadi renungi lah :-

1. Ada antara kita datang ke office hanya memenuhi tanggung jawab DATANG BEKERJA tapi hampeh, hasilnya macam kita TAK DATANG kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya KELAM KABUT.

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA

7. Adakala kita suka bertanya KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE ,adalah lebih baik kita tanya APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah.. .Segera, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya...


mengkritik tidak bererti menentang,
menyetujui tidak semestinya menyokong,
menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.


**Sebagai panduan untuk saye & semua..renung2kanlah & selamat beramal**

Tuesday, November 10, 2009

= Luahan Hati Lelaki =

**Just nak share..dpt email drpd lelaki mane ntah :)**

Teringat pasal satu story... seorang lelaki balik rumah... dia jadi hairan giler.. halaman rumah berselerak.. surat di peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi.

Masuk ke pintu rumah, lagi lelaki tu terkejut... ruang tamu lagi teruk berselerak lelaki itu melaung nama isterinya... .sepi tiada jawapan masuk ke dapur.. sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh, periuk tidak bercuci.

Mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak masuk ke bilik air, baju
masih belum berbasuh, apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya.. dia bergegas ke tingkat atas, melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku..

"Awak sakit ke?"..tanya lelaki itu.. "Tak lah", jawab isterinya ringkas. "Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam...

Balas isterinya "wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang. .... NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI.......

"Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel,merengek atau mengilai seperti pontianak . Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan...

Best baca sampai abis!!!. It's true. To share..Dari Ilham seorang lelaki..

As for me is different, if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu pening. Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure at times boleh membuat kepala berserabut.

Kalau madam takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek kata,FreeeDoMmmmmlah!!

But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's Gone",aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no once shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticise. Everything will be smooth... Tapi, masuk hari ketiga, I felt something is missing.

Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau 'assshheemmmm' , tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah abis,tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak boil...Masuk hari ke-4, rindu mula terasa.

Eventhough kat office, ramai yang cun melecun, wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas,forever melekat kat hati and sukar ada pengganti. Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pun jadik tak best.

Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa cam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utk dipakai.

Toilet dah mula licin berdaki... lantai dah berbelak, tak dimop...Everynite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly... bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau setahun....belum seminggu isteri takde kat rumah, aku dah terasa separuh pengsan.

Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri... begitulah isteri kita rasa bila kita tinggalkan dia sendiri malam2 agaknya ya..

So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita,sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!!

And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit.

Tak kesian ker nengok bini kita? Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi...penat tau!! Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita...tak rela!!!

So to all mums and wives out there... life will be meaningless without you

Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena! Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna.Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak HAPPINESS!!!

Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure 24hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott peettttt, boleh pecah eardrums. And if mak menjerit, boleh bergegar isi perut. Silap gaya , tingkap pun boleh tercabut...

And if mak takde, BangZaiiiiii! !! MerdeKa!!!FreeDoMmm mmm! !! Can do whatever!!! Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah kawan,boleh chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!!

But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada ketika itulah baru kita sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah.

Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI... Without mum, hidup ni tak ada cabaran, not challenging, no suspense. Balik kul braper pun, takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga. Our life graph becomes very the monotenous,then we realised, jari jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna.

Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti. Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!!
Sekian terima kasih.


** En Tunang, sila menghargai & memahami saye..mekacihhh **

Saturday, November 7, 2009

= TiPs BeLi RoTi GaRDeNiA =

Semasa korg pergi ke kedai runcit ke jusco ke carrefour ke kedai mamak jual roti ke,pernah tak korg terpk roti manakah yang masih segar...*aku tak terpk pun*..Selalunyer mesti korg picit2 roti tu sampai penyek mcm lempeng untuk merasai kesegaran dan kelembutannya...Adakah korg tahu bahawa setiap roti dihantar lima kali seminggu??? kalo tau pun sila buat2 tak tau hokeyy...

Haaaa....
Isnin,Selasa,Khamis,Jumaat dan Sabtu
Setiap hari mempunyai warna twist tie yang berbeza.

Cuba lihat:

Isnin - Biru

Selasa - Hijau

Khamis - Merah

Jumaat - Putih

Sabtu - Kuning

Contoh kalo harini Selasa ,makanya korg beli yang warna Biru,bukannya warna Hijau yang tentunya telah tersedia di situ seminggu yang lalu bak menanti kulat tumbuh mewarnai roti tuhh...

Warna-warna tu adalah mengikut susunan seperti Biru - Hijau -
Merah - Putih - Kuning , Isnin hingga Sabtu...Mudah sangat nak ingat..petik jari tak bunyi2 pun bleh ingat....

Kalo tak percaya..pegila sendiri kedai roti kat depan umah tuh untuk buktikan fakta ni dan mesti korg akan kate **wahhh..btol btol btol** coz setiap roti mempunyai wrappers mempunyai twist ties yang berbeza, dan tidak ketinggalan plastik bungkusan yang berbeza warna juga.

Ok... enjoy makan roti segar cicah ngan air kopi sejuk semlm..huhhh..sungguh tak sedap langsung... k bye

Wednesday, November 4, 2009

= LeLaKi mALas yG DiMiNATi WaNiTa =


1. suami balik ke rumah dgn muka yg masam lalu berkate "abang MALAS nak cari perempuan lain,awak sorg dah cukup saye sayang"




2. suami balik dari bank lalu berkate "abang MALAS nak pegang duit gaji,sayang pegang la duit ni"



3. lepas makan malam suami berkate "abang MALAS la nak keluar rumah malam2 ni,baik abang duk rumah dengan sayang"



Moral of de Story...cari lah suami yg pemalas seperti diatas..kerana inilah suami yg mithali...
Bestnye dpt lelaki yg malas camnihhh ;)

++ WOW!!!! MESTI KELIK ++

~ E-Day ~