++ Ka-cHinG ++

++mA fReNs++

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Sunday, July 11, 2010

= Checklist =

Sumber: PesonaPengantin

Salam...

Saye dapat checklist dalam Majalah Pesona Pengantin Julai 2010..Edisi khas ulangtahun ke -9 majalah ini. ..beli dah lame..last month....rasa teruja nak beli mase tu coz cover depan bercetak "Istimewa Ulang tahun- Persediaan Paling Lengkap Untuk Majlis Perkahwinan Anda"... Ada checklist yang dapat menjadi panduan untuk saye merancang majlis saye... checklist ini adalah persiapan 6-10 bulan sebelum majlis berlangsung...

  1. Tentukan hari perkahwinan.

  2. Buat rancangan tema perkahwinan yang diinginkan.

  3. Semak dengan Jabatan Agama Negeri berkenaan perkahwinan dan ikut peraturannya.

  4. Tentukan tempa majlis akan berlangsung.

  5. Buat tempahan awal terutama bagi majlis di dewan atau hotel. Dapatkan juga pelan ke lokasi majlis.

  6. Hubungi pengurus katering untuk berbincang tentang pakej yang disediakan. Buat tempahan awal.

  7. Pilih pengapit anda. -DONE-

  8. Pilih baju untuk pengapit

  9. Berjumpa dengan florist dan jurugambar untuk berbincang tentang bajet dan pilihan.

  10. Pilih pakaian untuk majlis akad nikah, majlis persandingan kedua-dua belah pihak.

  11. Beli hantaran semasa musim perayaan untuk jimat.

  12. Tentukan bilangan tetamu dan buat senarai semak.

  13. sediakan satu folder untuk borang, brochure, salinan fotokopi maklumat peribadi & maklumat perkahwinan.

  14. Tentukan lokasi / tempat tinggal selepas kahwin.

  15. Sediakan dokumen ini:
  • Salinan kad pengenalan

  • salinan surat beranak

  • salinan surat nikah ibu bapa

  • Gambar bertudung / bersongkok saiz pasport

  • Salinan sijil kursus pra perkahwinan

  • Perintah bertulis dari mahkamah mengenai wali hakim, poligami dan lain-lain.

  • Surat pengakuan bujang daripada majikan


Pi es : Dalam banyak2 ni cuma satu je yang dah settle..ishk ishk ishk...apela nak jadi....

6 comments:

abah dan mak haqq said...

kami tak sabar ni nak tunggu hari-hari bahagia tu...!!!

fizanur said...

Bila tarikhnya. dah pegi kursus belum? waah, orang dulu tiap bulan beli majalah pengantin. kemaruk gila

pinkishblue said...

bile nk kawin nye niiii???

ZE said...

ADMH ~ korang tak sabar...kami lagi tak sabar...hehehe...

Fiza ~ tarikh takde lagi...kursus pun blom pegi...tauuu..buku pengantin dulu tu byk fiza n alia punye...hehehe....

Pinkish ~ bila nak kawen??? hujung tahun tapi tak tau tahun bila (jawapan klise) :p

farahfatihah said...

hi dear, xpe, pelan2 kayuh...tp jgn pelan sgt heheheh

ZE said...

hehe..TQ Farah...

++ WOW!!!! MESTI KELIK ++

~ E-Day ~